MUTIARA HOMESTAY

Selamat Datang ke Penginapan Idaman Anda di Tawau, Sabah!

Mutiara Homestay terletak di Taman Perumahan Ria Heights, Jalan Utara Baru Tawau. Telah beroperasi sejak tahun 2022 dengan kemudahan asas yang disediakan.

Terletak hanya beberapa minit dari pusat bandar dan lapangan terbang Tawau, penginapan kami menawarkan kemudahan moden dalam suasana yang damai.

KELEBIHAN HOMESTAY

Nikmati ketenangan dan keindahan semula jadi Tawau dengan penginapan yang selesa, strategik, dan mesra bajet – sesuai untuk percutian keluarga, pengembaraan solo, atau urusan kerja.

Penginapan Selesa

Lokasi Yang Strategik

Penginapan Selesa

E-hailing Tersedia

Selesa Untuk Rombongan

Berdekatan Surau

Berdekatan Pusat Bandar

Kompleks Sukan Tawau

Berdekatan Dobi Layan Diri

Berdekatan Restoran 

Berdekatan Klinik Swasta

Pasaraya Gentingmas

MENARIK DI TAWAU

Antara lokasi menarik di Tawau, Sabah

● Taman Bukit Tawau (Tawau Hills Park)

● Masjid Al-Kauthar Tawau

● Pasar Tanjung Tawau (Tawau Central Market)

● Menara Loceng Tawau (Tawau Bell Tower)

● Teck Guan Cocoa Village & Cocoa Museum

● Pintu Gerbang ke Semporna & Pulau Sipadan

● Bukit Tawau Gemok Hill Eco Park

HOMESTAY MENYEDIAKAN

4 bilik berhawa dingin dan berkipas siling termasuk sebuah bilik solat

4 BILIK AIRCOND

2 BILIK AIR

1 RUANG TAMU AIRCOND

1 RUANG MAKAN

1 RUANG DAPUR

KEMUDAHAN LAIN

Kemudahan-kemudahan lain yang disediakan di MUTIARA HOMESTAY

BERMINAT UNTUK TEMPAHAN?

Hubungi kami untuk tempahan segera kerana hanya 1 unit tersedia.

SYARAT TEMPAHAN

Terdapat beberapa syarat untuk penginapan di MUTIARA HOMESTAY

1. MUTIARA HOMESTAY hanya dibuka untuk tempahan penyewa MUSLIM.

2. Untuk tempahan, bayaran deposit adalah RM150.

3. Bayaran booking/tempahan akan dikembalikan sekiranya pembatalan dibuat 3 hari sebelum tarikh masuk.

4. Semasa daftar masuk, anda perlu menjelaskan bayaran penuh sewaan. Harga sewaan adalah : RM250/malam

5. Butiran penyewa perlu diberikan sebelum daftar masuk berserta sesalinan Kad Pengenalan (depan & belakang) BERPALANG UNTUK KEGUNAAN HOMESTAY SAHAJA

6. Bayaran sejumah RM 15 akan dikenakan jika perlu tilam tambahan dan RM 5 untuk tambahan bantal.

7. Bayaran deposit akan dikembalikan apabila penyewa keluar sekiranya tiada kerosakan berlaku pada homestay sepanjang tempoh penyewaan.

8. Waktu daftar masuk : 2:00 petang. Waktu daftar keluar : 12:00 tengah hari

*Sila maklum bahawa pihak homestay tidak menyediakan barang keperluan peribadi

SYARAT -SYARAT LAIN

Antara syarat-syarat lain untuk penginapan di MUTIARA HOMESTAY

1. MUTIARA HOMESTAY hanya dibuka untuk tempahan/sewaan tetamu beragama ISLAM sahaja.

2. Hanya tetamu MUSLIM yang berikut dibenarkan menginap di homestay:

a. Terdiri daripada kaum keluarga yang mempunyai hubungan keluarga mahram.
b. Jika berkumpulan yang tiada hubungan keluarga, mestilah sama gender, sama ada wanita atau lelaki sahaja.

3. Makanan dan minuman yang halal sahaja dibenarkan dibawa masuk ke dalam homestay.

4. Minuman keras/alcohol atau bahan-bahan yang salah dari segi undangundang seperti senjata api, dadah, ganja dan lain-lain tidak dibenarkan sama sekali.

5. Penyewa dilarang merokok di dalam rumah.

6. Penyewa dinasihatkan agar tidak meninggalkan barang berharga di dalam homestay. Sila pastikan pintu dan pagar dikunci semasa penyewa berada di rumah mahupun ketika meninggalkan homestay untuk seketika. Pihak pengurusan tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan barang berharga semasa menginap di homestay.

7. Penyewa diminta agar tidak membuang tuala sebarang objek (seperti tuala wanita, tisu) ke dalam mangkuk tandas untuk mengelakkan tandas tersumbat.

8. Penyewa hendaklah memastikan tidak melakukan aktiviti-aktiviti yang boleh mengganggu ketenteraman (cth : membuat bising, meletakkan kenderaan sehingga menghalang laluan jiran) jiran-jiran berdekatan.

9. Penyewa tidak dibenarkan melakukan aktiviti-aktiviti yang menyalahi agama/bertentangan dengan ajaran Islam di homestay ini.

10. Sila pastikan pintu dan tingkap ditutup setiap kali meninggalkan homestay atau ketika tidur pada waktu siang atau malam.

11. Penyewa hendaklah menggunakan kemudahan yang disediakan secara berhemah. Sila pastikan suis elektrik (televisyen, kipas, lampu, dapur dan peralatan elektrik yang lain) dipadamkan selepas digunakan. Sila pastikan semua suis elektrik juga dipadamkan setiap kali penyewa meninggalkan rumah.

12. Perbuatan bising dan kegiatan yang mengganggu kawasan kejiranan adalah dilarang sama sekali. Mohon kerjasama para penyewa untuk menghormati kawasan kejiranan.

13. Haiwan peliharaan tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam homestay.

14. Untuk keselamatan, pastikan dapur gas sudah ditutup atau dimatikan sebelum keluar meninggalkan rumah.

15. Kerjasama penyewa untuk tidak mengalihkan perabot dan kelengkapan homestay amat dihargai. Sila kembalikan perabot atau kelengkapan yang telah dialihkan ke tempat asalnya.

16. Penyewa diminta untuk melaporkan sebarang kerosakan yang berlaku semasa tempoh menginap. Deposit penginap tidak akan dipulangkan (dikira sebagai gantirugi kerosakan) sekiranya kerosakan diakibatkan oleh kecuaian penyewa.

17. Pihak HOMESTAY tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerosakan, kehilangan, kecederaan atau kehilangan nyawa penginap dan harta benda penginap yang disebabkan oleh kecuaian penginap atau sebab-sebab lain yang berada di luar kawalan pihak pengurusan.

HUBUNGI KAMI

Tel: 0138758570 / 01136705772

Emel: ainia8570@gmail

Lokasi Kami:

Taman Perumahan Ria Heights, Jalan Utara Baru Tawau